Assalamualaikum w.b.t

Maaf, masih terlalu sikit resepi.. Gambar pun tak banyak.. Baru je buat blog ni.. InsyaAllah akan di update kelak.. Selamat mencuba.. (^_^)
Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Friday, 27 January 2012

Teriyaki Ayam/ Daging

Ayam dipotong kecil / daging dihiris nipis
Sos teriyaki
Lada benggala merah
Bawang merah - 2 labu
Bawang putih - 4 ulas
Lada hitam tumbuk - Ikut suka
Halia parut - Ikut suka nak byk mana
Kicap manis
Garam gula

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah..
  2. Kalau daging, seeloknya direbus dahulu biar empuk.. Best in slow cooker tp bleh juga rebus biasa dlm periuk.. Air jgn byk, sekadar menutup daging, then rebus sampai kering TANPA GARAM
  3. Perap ayam or daging dlm sos teriyaki, kicap, gula sikit.. At least sejam
  4. Tumis bawang putih, merah, halia.. Then baru masukkan daging.. 
  5. Last sekali masukkan cili bengala merah/ hijau.. Garam gula secukupnya..
  6. Da siap alhamdulillah..

Ayam Pandan Ciptaan..

Resepi ni sy bru try tadi.. Dapat ilham entah dr mana.. Mula2 nak amik serai kat belakang rumah tapi ternampak daun pandan pulak.. So, this is it..

Bahan:

Ayam dipotong sederhana
Daun pandan - Byk
Bawang merah 2
Bawang putih 3
Halia ~ 1 inch
Kulit kayu manis - Sikit je
Buah pelaga 2
Biji sawi ~ sesudu teh
Halba campur ~ 1/2 sudu teh
Maggi Secukup rasa - Agak2

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah..
  2. Gaul ayam w serbuk secukup rasa then steam kan dalam microvawe..
  3. Kulit kayu manis, biji sawi, halba campur, buah pelaga ditumbuk halus.
  4. Bahan tumbuk ni then blendkan dgn bawang putih, merah, halia, dan daun pandan.. Since daun pandan kat belakang rumah ni comel2 lagi, so sy guna dlm 8-10 helai.
  5. Bila kita steam kan ayam tu, air ayam akan keluar.. Blend bahan2 kat atas ni tadi dgn air ayam tu.. Tambah sedikit air jika perlu sbb kita tak mahu ia terlalu berair.. 
  6. Bahan kisar ni perapkan dgn ayam atleast sejam.. Then boleh dipanggang atau digoreng mengikut cita rasa anda..
Selamat mencuba.. Saya pun tatau rasa dia cam maner sbb tgh perap lagi tue.. Sedap ke tak Allahu a'lam.. (^_^)


Wednesday, 25 January 2012

Ayam Apple

Ayam - dipotong terpulang
Carrot
bawang besar dimayang
jus lemon dlm 50 ml cenggitu
butter sikit
daun bay kalau ada
2 ke 3 biji epal merah - blend

Cara:


  1. Mulakan dgn bismillah
  2. Perap ayam dgn bawang, jus lemon, marjerin, minyak masak sikit, dan garam secukup rasa
  3. Tumis bawang, masukkan bahan lebih perapan tadi.. 
  4. Masukkan ayam.. Kacau rata
  5. Masukkan epal yg telah dikisar.. kacau
  6. Perah sedikit lemon/ limau untuk imbang rasa manis n msam tp jgn terlalu byk.. rasa epal perlu ada
  7. Masukkan carrot n epal potong sebagai hiasan
  8. Hidangkan.. :)

Kari hijau - Ayam/ Daging

Ayam / Daging
Cili padi - ikut kepedasan korang nak
Daun limau purut sikit
Santan
Daun ketumbar
terung/ kentang/ cili hijau - hiasan

Bahan serbuk kari hijau:
15 biji cili hijau besar
bwg merah, bwg putih (putih byk sikit)
Serai 2 btg
biji ketumbar sesudu kecik
lada sulah sikit
lengkuas seinch
jus limau nipis/ kasturi
serbuk ikan bilis/ ayam sikit


Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah
  2. Tumbuk biji ketumbar ngan lada sulah smpi hancur
  3. Then blend w cili hjau, garam, bwg merah, bwg putih, lengkuas, jus limau
  4. Tumis bahan yg dikisar hingga naik minyak
  5. Titik serai, masukkan serbuk ikan bilis/ ayam kalau nak
  6. Masukkan santan.. biar mendidih
  7. Masukkan ayam, daun limau purut, daun ketumbar (actually daun2 ni if nak blend sekali pun boleh)
  8. Kacau kacau kacau.. Garam gula secukupnya.. Da siap.. Alhamdulillah.. :)

Ayam Masak Cream

Ayam - Stim or rebus dulu seketika
Bwg merah 3, bwg putih 4 ulas camtu, halia sikit
Mentega dlm 2 sudu
Minyak sikit
Tepung jagung sikit - Dilarut ngan sikit air untuk memekatkan je
Santan pekat
Kiub ayam kalau nak
sour cream dlm 3 sudu

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah..
  2. Cairkan mentega cmpur minyak - tuk elak hangit
  3. Tumis bawang merah putih, halia sikit
  4. Masukkan ayam, kentang kalau nak, santan, sour cream, kiub ayam then kacau
  5. Masak hingga empuk.. Masukkan garam gula secukupnya
  6. Last sekali masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Sup Ayam Herba

Ayam - Terpulang
Cendawan sikit
Air secukupnya - Buat sup kan.. hihi
Halia
Sepeket herba cina -Beli je
Serbuk lada hitam or lada hitam tumbuk
Kicap pekat sikit untuk colour

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah
  2. Reneh halia, n herba dlm air smpi mendidih.. 
  3. Masukkan ayam. Reneh lg about 30 mins. Api slow
  4. Masukkan cendawan
  5. Last masukkan kicap, garam n gula secukupnyer..
  6. Mudah je.. :)

Ayam Percik Berhalba

Ayam sekor
Air asam jawa
Cili kering blend - Ikut kepedasan yg mahu
Bawang merah, bwg putih, halba dlm 10 biji, belacan sikit - Blend
Halia muda dlm 2 inch
Santan kelapa - Setengah biji mcm tue..
Garam gula

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillahhirrahmanirrahim..
  2. Blend cili kering, bawang merah, putih, halba n belacan..
  3. Gaulkan bahan blend ni dgn sedikit minyak, garam n gula kat ayam.. Perap. Lg lama lg bagus.  At least 1 hr.
  4. Sedikt bahan blend tu yg lebih2 tue, tumis dlm periuk
  5. Masukkan santan, halba tumbuk, air asam jawa sikit, tepung beras sikit, halia muda, garam n gula secukupnya. Masak hingga mendidih.
  6. Ayam yg dah perap td, clup dlm kuah td n panggang dlm oven at 190'C dlm 20- 30 minit hingga msak
  7. Semasa memanggah, kuah percik tu disapu berulang2 kali kat ayam td.. 
  8. If nak cepat masak, stim kan dulu  ayam tu b4 diperap agar ayam cepat masak bila dipanggang n tak masak luar je, tp dlm tak masak.. Terpulang.. :)



Ayam Masak Halia

Ayam dipotong sederhana
Halia dimayang panjang - Terpulang byk mana
Bawang besar dimayang
Cili kering kalau ada dlm 3 tangkai - Potong2
Gula merah sikit
Cuka sikit
Minyak bijan kalo ade, takde minyak masak pun bley je
Kicap kalau nak
Garam / Gula - Jika perlu

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillahiraahmanirrahim..
  2. Tumis bawang n halia yg telah dimayang hingga layu n naik bau
  3. Masukkan cili kering, ayam n cuka sikit.. Sedikit air if terlalu kering.. Kacau kacau kacau
  4. Bila ayam da masak, masukkan gula merah, kicap, garam gula secukup rasa..
  5. Siap dan hidangkan le.. :)

Ayam Minyak Bijan

Ayam dipotong sederhana
Minyak bijan - Dlm 3 sudu
Halia - Terpulang
Bawang dimayang
Kicap manis - secukup rasa

Cara:

  1. Mulakan dgn bismillah
  2. Tumis halia n bawang dlm minyak bijan hingga layu dan harum
  3. Masukkan ayam dan kacau hingga masak dan kecut sedikit. Kalau kering sgt masukkan sikit air tp jgn byk sgt sbb t air ayam tu akan keluar. Ini bukan ayam berkuah.. huhu
  4. Last sekali masukkan sedikit kicap, if perlu, tambah garam secukupnya..

Friday, 25 November 2011

Paprik Ayam

Bahan bahan:
ayam/ daging/ udang/ nak campur pun ley..
bawang merah (biar banyak skit tak pe, manis)
bawang putih (skit je, tannak boh pun xpe)
halia skit dalam 1 inch
carrot
jagung muda
kacang panjang
kubis bunga
sos cili
sos tiram
cili kering blender.. (cili boh tak sedap yer.. so, rebus then blend sendiri..)
daun limau purut
serai ketuk2


Cara masak:
  1. Mulakan dgn bismillah..
  2. Blend suma bawang, halia, cili blend tadi dalam 2 3 sudu besar..
  3. tumis suma sampai pecah minyak.
  4. masukkan ayam. kacau kacau kacau
  5. jgn boh air lagi coz nanti air ayam tu kuar
  6. masukkan serai and daun limau purut.. nak wangi boh lebih.. nak hiris2 pun boley.  
  7. bila dah mendidih skit, ley masukkan sos cili, sos tiram, gula n garam skit..
  8. kacau kacau kacau
  9. then ley la masukkan sayur-sayuran
  10. pastu korang rasa lah apa yang kurang.. garam ke gula ke, sos tiram ker..
  11. kalau nak kuah lebih skit, boh air.. kalau dah terlebih air, nak pekatkan boh tepung jagung.. takda tepung jagung, tepung gandum pun boleh.. tapi mix dgn air dulu yer b4 masukkan..kalau tak nanti berketul2.. 
  12. dah siap.. alhamdulillah..


Bergedil Ayam

Bahan-bahan:
ubi kentang
ayam
bawang potong dadu kecik2
cili potong halus2
daun sup n daun bawang dihiris halus
telur


Cara masak:
  1. mulakan ngan bismillah dan niat yang ikhlas yer..
  2. goreng ayam. gaullah sikit dgn garam.. takut melekat plak nanti.. kunyit, depends, nak bubuh boh je.. tanak  takpe..
  3. kupas kentang, potong kecik2 skit, then goreng haft cook.. ada gak yang rebus tapi dari pengalaman, nanti dia lembik sangat.. if u r on diet, kukus is better.. tapi ikot style korang la yer.. 
  4. pastu, lenyek2kan kentang tue.. 
  5. ayam tadi korang ley either potong halus2 atau korang carik2 jer tapi kena halus2 skit la.. sebab nanti kita nak gentel bulat2 tak cantik lak.. 
  6. masukkan ayam, bawang, cili, daun sup, daun bawang ke dalam bekas berisi kentang lenyek tadi..
  7. boh garam skit, kalau nak boh lada sulah sikit ley gak..
  8. pastu, korang buatlah bulat2 kecik comey2 yer...
  9. bila nak goreng, pecahkan telur sebiji, salut begedil tue satu satu dengan telur then goreng.. 
  10. jgn selalu balik balikkan sangat takut pecah..
  11. dah siap.. alhamdulillah.. senang jer kan..
begedil nie makan ngan soto sedap.. tak pun cicah sos je.. layan gak.. 
Tak menggunakan tepung ye.. Harap maklum.. :)



Rendang Negeri Sembilan

Bahan-bahan:
ayam atau daging..
santan sebiji kelapa
serai 6 batang dititik (serai kena banyak)
cili api (ikotlah banyak mana nak pedas boh lebih tapi kalau bley pakai cili api kampung..) 
bawang merah... (kalau betol2 n9, dorang tak pakai bawang pun.. ikot korang la nak boh ke tak)
kunyit hidup.. kunyit serbuk pun ley gak


Cara masak:
  1. mulakan dengan bismillah and niat yang ikhlas..
  2. tumbuk cili api dalam lesung bersama kunyit and garam sampai lumat.. kalau nak pakai bawang, tumbuk sekali..
  3. dalam kuali, boh barang2 yang korang dah tumbuk tue, then masukkan ayam atau daging
  4. masukkan serai yang telah diketuk ketuk
  5. bagi ayam or daging tu mesra ngan cili api tue.. kalau perlu, letak SEDIKIT air.. jgn banyak, nanti air ayam akan keluar.. 
  6. bila air dah nampak kering sikit, then, ley lah masukkan santan.. boh garam.. kacau kacau skit, and tunggulah sampai kering.
macam masak lemak cili api gak, cuma dia kering and tak memerlukan constant kacau..  senang jer kan.. makan ngan lemang sedap nie.. heheh.. selamat mencuba...


untuk lebih sedap: serai kena banyak n tambah sedikit kerisik dlm 2 ke 3 sudu.. (^_^)Selamat mencuba