- Mulakan segala pekerjaan dgn bismillah
- Masa basuh ayam, daging, ikan, sayur, bawang atau apa saja, selawat byk2..
- Masak dgn ikhlas dan penuh kasih sayang..
- Kalau masak daging, rebus dahulu tanpa garam hingga empuk..
- Kalau goreng ikan, pastikan garamnya cukup agar tak melekat
- Boleh juga letak asam keping dlm minyak masa menggoreng ikan agar tak melekat.
- Untuk mengelak meletup masa goreng ikan keli, baung, atau hati ayam, bubuh sesudu besar tepung dlam minyak panas.. InsyaAllah tak meletup.
- Untuk hilangkan bau hanyir ikan sungai, perap dalam air limau nipis, atau asam jawa. Kemudian salutkan dgn tepung dan bilas..
- Dalam masakan daging, garam hendaklah dimasukkan akhir sekali bg memudahkan daging empuk..
- Rebus daging dgn betik muda juga boleh melembutkannya dgn cepat
- Kalau makanan termasin, masukkan beberapa ketul kentang.. InsyaAllah, ia akan menyerap kemasinan.
- Untuk basuh kerang dgn bersih, rendam kan ia didalam air garam yg byk..
- Kalau masak kek, kuih atau apa saja yg menggunakan oven, jgn terlalu byk membuka tutup pintunya semasa proses memasak sbb nanti adunan jatuh..
- Kalau nak buat kuih raya, seeloknya sangai dahulu tepung2 tum then ayakkan.. Agar adunan menjadi lebih ringan..
- Kalau nak buat roti canai, buat adunannya pada malam hari n tebar pada keesokan harinya.. Baru cantik..
- Untuk mengelakkan bau peti ais yg tidak menyenangkan, bubuh sketul arang di dalamnya.. InsyaAllah carbon dlm arang akan menyerab bau2 itu..
- Bila memasak, letak asam dulu, then baru garam, then baru gula agar lebih mudah untuk mengimbangkan rasa..
- Kalau nak buat jemput2 tepung, gunakan air biasa saja, tak perlu air suam.. Kalau nak lembut, campurkan sebiji telur tapi ia akan menyebabkan ia serap minyak yg banyak.. Better choice is to add just enuf water..
- Kurangkan minyak, garam dan gula dalam masakan..
- Jangan takut mencuba.. Explore and try and error dlm memasak.. U will be trilled w the results.. :)
Nuraishah's Kitchen..
Cooking is the way I release my stress..
Assalamualaikum w.b.t
Maaf, masih terlalu sikit resepi.. Gambar pun tak banyak.. Baru je buat blog ni.. InsyaAllah akan di update kelak.. Selamat mencuba.. (^_^)
Friday, 27 January 2012
Tips
Subscribe to:
Comments (Atom)